Plz Cilck Here!!

Showing posts with label Bila terasa rindu. Show all posts
Showing posts with label Bila terasa rindu. Show all posts

Wednesday, May 5

Rindu

Rindu.
Bukan bermakna menangis.
Rindu. Bukan bermakna tidak redha.
Rindu. Bukan bermakna bersedih.
Rindu. Bukan bermakna hidup dalam bayangan.
Rindu. Ia datang bukan kerana paksaan.
Rindu. Ia juga anugerah.

Tuesday, May 4

Anugerah Rindu

“Jasad tenang yang dijemput Ilahi bukanlah dagangan kaku. Tetapi, punyai jiwa dan kalbu. Punyai pertalian merah yang telah mengikat setiap daerah rasa"

Rindu mendakap kehilangan
bukanlah meratapi,
Rindu mendakap kehilangan
bukanlah tidak meredhai,
Rindu mendakap kehilangan
bukanlah menolak takdir Ilahi.

Rindu mendakap kehilangan
sengaja dibiarkan terhimpun di seluruh ruang hati,
Rindu mendakap kehilangan
punyai hak selagi roh dan jasad masih bersatu.

Kerinduan satu rasa yang setia pada setiap jiwa yang masih ada,
Anugerah kerinduan itu terlalu mahal harganya,
Anugerah agung untuk dekat pada NYA.”

Monday, May 3

Rindu...

Rindu ini,
menusuk sanubari,
hingga wajahmu,
ku bawa ke dalam mimpi.

Malam itu,
aku melihat dirimu,
tersenyum manja seperti selalu,
dan hati ini makin sayu,
dihambat rindu,
yang semakin bertalu-talu