Plz Cilck Here!!

Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Wednesday, July 2

Resepi: Daging Kambing Bakar Berkari

Dalam family aku semua suka makan kambing. Kalau tak buat sendiri mesti suka makan lamb chop kat luar. Lepas kawan dengan Sham ni aku memang jadi penggemar lamb chop. Dulu tak suka. Nak2 kambing bakar berkari yang laki aku buat. haha.. Sini aku nak share resepi kambing bakar berkari yang selalu sham buat tu. Sedap sangat ok.

Bahan
1. Daging kambing frozen (yang slice selalu jual kat supermarket)


2. Halia
3. 2 ulas bawang putih 2
3. 1 ulas bawang besar
4. Sedikit Kicap manis ABC
5. Sedikit Sos Cili
6. Serbuk Kari Daging Babas (pek besar) - ikut citarasa nak letak banyak ke sikit. Aku suka banyak.
7. Garam
8. Planta
 
Cara:
1. Tumbuk bawang putih, bawang besar dan halia
2. Gaul bahan ditubuk tadi dengan serbuk kari daging babas, sos cili dan kicap manis.
3. Masukkan sedikit garam dan air. Gaul biar agak likat
4. Gaul bahan tadi dengan daging kambing sekeping-sekeping. 
5. Setiap keping daging kambing tu sapukan planta. 
6. Perap sekejap then boleh bakar.

Senang kan.. Anggaran bahan tu ikut banyak mana kambing yang nak buat. Selalu aku tengok Sham main bubuh je bahan-bahan tu. 


Haa..tudia dok pulun salut daging kambing dengan rempah. Ni gambar masa buat makan-makan kat rumah mak metua aku ari tu. Dah siap marinate boleh bakor. Nak bakar pakai oven ka, arang ka, dapur gas ka mana-mana pun boleh. Kalau pakai arang best sikir baunya..

Dah sedia nak dibakar


Lagi banyak rempah bersalut lagi best..So yang lebih-lebih tu salut lagi atas daging tu.


Ni dah nak masak. Bau pun dah rasa lapar. Ermmmm..Terus lapaq posa-posa nih!

Dah siap boleh hidang dengan nasi atau dimakan begitu sahaja dengan cili sos :)

Tuesday, May 27

Resepi Kek Batik Style Shariana

Resepi kek paling mudah dan senang di dunia.. haha. Tapi dalam aku dok search kek ni memang lain-lain la resepi nya. Aku tak guna milo langsung. Kalau letak milo jadi liat sikit. Tak suka. Ni nak kongsi cara aku buat. Rasa memang meletops.. Meleleh airlio aku menaip ni haa.

Bahan-bahan:
  • 1/2 butter
  • 1 biji telur ayam
  • 1/2 tin susu pekat manis (kalau suka manis letak lebih sikit)
  • 1/2 kotak serbuk koko van houten (yang kotak kecik 125g kalau tak silap)
  • 1 bungkus biskut marie (Cap Ping Pong Hup Seng - Original) - kalo brand lain TAK sedap

Pastikan biskut marie cap ping pong ini naaa
Buttercup (1/2 sahaja)
 
Serbuk koko (1/2 kotak)

Cara menyediakannya:
  1. Cairkan butter dengan api yang perlahan.
  2. Masukkan susu pekat, telur dan serbuk koko.
  3. Kacau hingga mendidih. Pastikan api sangat perlahan ye. (Kang bau hangit tak sedap)
  4. Tutup api dan masukkan biskut marie (patahkan ikut saiz yang dikehendaki)
  5. Sejukkan. Siap!



Senang je kans.... Selamat Mencuba!