Plz Cilck Here!!

Showing posts with label part time student. Show all posts
Showing posts with label part time student. Show all posts

Thursday, November 6

Sembang Jumaat

Takda apanya nak crita..boring ada keja tapi kemalasan melanda. 
Biasala hari jumaat. Mood weekend sudah marii..

Assignment dah banyak tapi masih belum ada hati nak buat.
Aku macam biasala..semua last minute kann...
Dah la tahun ni last year..9 subjek untuk tahun ni.. haha..gud luck untuk diri sendiri dan kengkawan yang lain..Harap tahun depan kita konvo naa..InsyaAllah semoga dipermudahkanNya Amin..

-
-
-

Pasai Hayfa Amani..

Alhamdulillah dia dah mula berjalan. Hari ni dah setahun sebulan dia.. Rambut sama jugak tak panjang2 lagi..sedih ai tak boleh ikat or letak sepit bagai..haha




Walk baby..dont run!

haa..da bole jalan pasni mummy bawak g beli kasut yang homei2 naa..


Ok, Bye!

Monday, June 23

Tamat Sudah Bulan Exam

Alhamdulillah. 

Tamat sudah final exam aku. Lega sesangat. Aku pun dah start keja hari ni. Stress dah semakin kurang. haha. Stress la sebab study last minute. Esok ada paper hari ni baru sebok nak cari buku. Baru sibuk nak dengar sidang video. Pastu bising la bila anak kacau. bila anak takmo tido. bila dah tak sempat baca. Sidang video pun dengar nak tau tips ja. Kot-kot lecturer baik hati dia bagi tips. Aku baca yang tips tu je la.. haha malas gila kan!

Apa pun aku suka sebab dah habis final exam untuk tahun ni. Tahun depan punya tahun depan la pikir. Malas nak pikir awai-awai. Tak suka stress-stress nih. Result 27 Julai ni dah kuar. Alahai apa ke result aku nanti. Arhh...malas pikir lagi. Nanti stress! ^-^

Monday, May 26

Bulan Stress Sudah Datang!

Pejam celik pejam celik dah nak masuk bulan June. Bulan stress bagi aku and all my usm members. Bulan exam. Sapa tak stress dengan exam exam nih memang pelik la bagi aku. Haha. Ni tahun ketiga aku di usm. InshaAllah tahun depan bulan Oktober dah tamat. (Kalau tak dak carry paper la..jangan laaa ada.. Amin..............). Nak habiskan 4 tahun ni pun teruk jugak la. Setahun aku kena ambik dalam 10 subjek.

Tahun ni aku memang tersangat malas. (macam la dulu rajin sangat). Semua benda boleh dikatakan aku buat last minute.Tambah sejak ada anak ni. Asyik nak layan anak je keja.

PJJ kat usm ni kelas buat ikut jadual yang diberi dalam portal. Tapi aku jarang sekali la pi pun kelas tu. Kelas pun buat sidang video saja. So aku streaming dari rumah. Kalau tak pun aku download ja. tunggu time exam baru aku bukak..hhaa..dasar pemalas kan! Setiap tahun tu akan ada minggu intensif. Selalu dalam bulan Jan ke Feb macam tu lebih kurang 3 hingga 4 minggu. Time tu semua pelajar USM seluruh Malaysia akan berkumpul di usm Pulau Pinang. Semua wajib ambil hostel. Minggu tu ada mid exam dengan kelas. Time tu ja student pjj ni boleh bersemuka dengan lecturer. Dulu time intensif aku stay hostel. Kali ni ada Hayfa Amani aku ulang alik dari rumah.Yang best time intensif ni aku tak payah mai kerja. haha..
 
Minggu Intensif

Kelas E-Commerce
Kelas Retailing
Asignment pun aku buat last minute. Ada ramai jugak la geng aku yang buat pjj ni. So kalau ada benda yang tak faham ke yang terlepas ke ada jugak depa ni yang tolong ingat-ingat kan. Kalau tak tau buat asignment pun boleh mintak pandangan yang lain.

Geng buat assignment

Time ni buat assignment Macroekonomi. Susah sangat so discuss reramai. Ok dapat la A..haha
Kalau kat rumah aku ada gak Lecturer kenit nihh.. hahaha

"mommy meh cini nak tolong ajaq!"
Camni..........

Teman mommy study!
Ni la yang paling best jadi student nih.