Plz Cilck Here!!

Thursday, May 22

Mom's Milk is The Best


Banyak kebaikan dalam memberi susu ibu kapada bayi kita. Untuk mendapatkan segala kebaikan penyusuan susu ibu, kita digalakkan untuk menyusu bayi kita sepenuhnya sehingga bayi berumur 6 bulan dan seterusnya sehingga bayi berumur 2 tahun. Pemberian ibu sepenuhnya bermaksud bayi tidak diberi makanan atau minuman tambahan yang lain selain daripada susu ibu.


Segala khasiat dan kebaikan susu ibu kepada bayi




Kebaikan Susu Ibu

Untuk bayi:
  • Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi anda
    • Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi.
    • Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar.
  • Susu ibu, terutamanya kolostrum , menguatkan sistem imuniti bayi anda
    • Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.
  • Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi.
  • Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda.
  • Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.
  • Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia tidak susah untuk disediakan.
  • Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.
  • Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.
Untuk ibu, penyusuan susu ibu:
  • membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
  • membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat.
  • mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
  • menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya
Lain - lain kebaikan:
  • Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada.
  • Baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak-kotak. 
Haa.. nampak kan banyak sangat kebaikan memberi bayi kita dengan susu kita ni. Aku pun kalau boleh nak terukan menyusu Hayfa Amani sampai dia umur 2 tahun. Insha Allah.  Memang agak perit mulanya dengan rasa sakit bengkak susu, susu kurang, taku anak tak cukup makan dan macam-macam lagi la. Apa pun untuk ibu-ibu yang menyusu anak ni kena la banyak bersabar. Lebih-lebih lagi pada ibu-ibu yang bekerja. Perlu ada masa untuk pump susu secara konsistant. 

Macam aku time kerja aku pump 2 kali ja sekarang. Selalu dapat la dalam 8 ke 12oz macam tu (2 botol). Tapi kalau kerja luar susah sikit nak pump. Selalu aku simpan stok dalam 10 botol je. Hayfa Amani minum dalam 2 botol je sehari sebab sekarang dia dah makan. Susu boleh kurang sikit. Dia minum botol pun time aku kerja je. Hari aku ada aku bagi direct. So, yang aku pump time keja tu boleh la ganti balik yang dia minum tu.

Selalu aku pump sekali dapat la penuh 1 botol tu.

Stok yang ada sekarang


Ni dia budak sihat bambam
"My Mummy's milk is the best"


Bagi yang kekurangan susu, macam-macam cara dan supplement untuk banyakkan susu ni. Ada yang cakap makan sawi, longan kering, minum holicks, makan sup ketam dan macam-macam la. Aku pun ada cuba jugak. Makan air longan kering yang direbus dengan kurma kering. Sedap. Bagi aku boleh la cuba bagi sapa yang kurang susu tu. 

Selain tu aku ada jugak amik supplement shaklee yang sangat famous sekarang ni kan. Set penyusuan ibu ESP+Alfalfa Complex. Supplement ni pun bagus dan boleh diamalkan. Bagi sesiapa nak cuba atau nak dapatkan nasihat pelbagai produk shaklee boleh klik sini.

Alfalfa Complex

ESP

Wednesday, May 21

Anak Buah Baru..Akif Qushary

Malam 28 April angah dah mula rasa sakit nak bersalin. Ummi suruh cepat pergi hospital walaupun sakit sikit sebab due dia dah sampai. Sehari semalam dia kat sana belum bersalin jugak lagi. Angah ada mesej dia cakap sakit dah makin kerap. Petang lepas keja pergi melawat dia masih dalam ward.

Pagi 30 April tu dalam pukul 4am abang ipar bagitau dia dah masuk labour room. Alhamdulillah dalam pukul 8.45am angah selamat bersalin baby boy. Abang ipar terus whatapps picture baby. Excited lak aku nak pergi hospital. Nasib time tu aku kat Alor Setar teman Ummi settle kerja dia kat sana.

 Picture abang ipar aku hantar pagi tu. Fresh lagi ni baru keluar oven.

.Pejam mata tido. Hayfa Amani dulu keluar je mata dah jegel. haha

Petang tu balik dari Alor Setar terus je aku dengan ummi pegi hospital. Dapat jumpa baby. Tido je dia. Baby boy ni berat dia 3.68. Fuhh besar kan. Patut mama dia sakit lama. hihii. Haa yang paling bestnye dia lahir pada hari jadi angah aku. Sama birthday dengan mama la ye. Nanti boleh je sambut sekali. Best kan...



Welcome world my dear.. Akif Qushairy. Hero pertama cucu tok ummi

Friday, May 16

Perkembangan Hayfa Amani

Alhamdulillah anak mummy dah masuk 7 bulan+. Sat ja dia membesar. Sakit beranak aku pun tak hilang lagi.muahaha. Hayfa Amani sekarang ni dah semakin aktif sangat. Letih mummy kamu nak oi. Haha. Pantang nampak benda apa mesti nak capai then masuk mulut. Hrmm sangat bahaya ni. Kena aware selalu!

Tengah gigih mengigit cotton bud. Habis berterabur atas katil. Nasib mummy nampak cepat..

Ni pulak tengah senaman apakah..haha..
hisap jari kaki. Opss nak adik ker? Haha. Kamu tu kecik lagi ok! 

Muka senyum. Kalau tak susah nau kamu nak senyum eh. 

Haa..anak aku ni bila jumpa orang tak kenal ja jangan harapla dia nak senyum. Dia usha je orang tu sampai mata tak kejip pun.. sampai ada budak tanya aku "dia pernah senyum tak?" Haha..lawak! Dia senyum kat orang dia kenal rapat ja iaitu momy, dady, tok ummi, mama & papa dia saja. orang lain sori la..hrmm


Dalam kereta dia sangat aktif semua nak capai. So kena bagi benda untuk digigit. Terus dia.

aha..anak momy dah pandai baca buku! Abcdefg.......

Belek kejap ja pastu buku tu masuk mulut. Haishh....

Her First Solid Food

Mybaby Hayfa Amani sekarang dah 7 bulan. Besaq dah anak mummy! Ok masa si Hayfa Amani 6 bulan hari tu aka dah start bagi dia solid food.. Alhamdulillah aku dapat menyusukan si Hayfa secara eksklusif tau.. :)

Solid food pertama dia aku bagi mamams puri epal..Actually aku nak bagi puri avocado tapi memandangkan aku ni jenis last minute kan, avocado aku belum masak ranum..haa amik lambat lagi beli kan..dah la avocado tu nak masak ranum at least 3 hari. Hari ni beli esok dah nak makan camna?? Huhukhuk (sadiss)!

Ok..puri epal aku buat sendiri ye.. Bagi la si anak mamams.. muncung mulut dan kembang kempis hidung dia bila aku suap. Yea la epal kan macam masam-masam sikit kans..

Ini rupa puri epal tu. Aku campur sikit dengan breast milk. Sikit je kasi dia try makan. 

Alhamdulillah..anak mummy makan sampai abis. Hihii

Nyum..nyum

Ok kalau ikut 4day rules tu kena makan puri epal ni 4 hari berturut-turut la. Lepas ni kita makan avocado lak yea.Oh cepatlah 4 hari..haha tak sabar nak tengok reaksi die bila makan buah avocado tu nanti.

Sunday, March 23

Muntah lg...

Niat di hati memang nnak bagi full bf kat si hayfa amani nih. Tp lately ni stok susu macam dah kekurangan la pulak. So ari tu aku try suh tok umi bg fm kat hayfa amani. Tok umi bagi dia dalam pukui 4pm camtu minum dalam 2oz je nak bagi try. Dia minum ok habis dengan seleranya..haha..tapi........umi bagitau pukui 5 je terus bruppp..muntah..huhuu..

Pastu ok la..aku balik keje then bagi dia direct bf. maybe dia lapar sebab susu tadi dah buang abes kan. Baru minum sikit...muntah lagi...aduss lencun baju aku sekali. Tukar baju dia dan aku terus pergi mandi..
Selang lagi sejam bf dia semula...them muntah lg..huhuh..sian anak mummy...time ni memang dah nampak lembik..senyum tak..nanges pun tak...mummy je rasa cam nak nanges..4x muntah...banyak lak tuh ��...
Malam Sham balik terus ajak pergi klinok oh..doctor cakap dia ok..ye la mlm tu dh kembali aktif sikit..cuma aku tak berani nak bagi susu sebab takut dia muntah lagi...Balik je umah tgk dia makin ok aku bf dia lagi...Alhamdulillah ok dia dah tak muntah..Jadi tanda tanya gak adakah dia tak sesuai minum fm?? Doktor cakap fm ni tak de masalah semua sama saja. Hmm...camne ni??

Tak apala aku bekerja keras gak la pump dan terus pump untuk tambah stok..kadang2 lunch time je aku balik bagi direct bf kat dia..inilah pengorbanan seorg ibu..hehehe In sha Allah kuatkan semangat utk terus menyusu anak anda! InshaAllah..Aminn.....

Muka baru lepas muntah...baju pun dah tak pakai...sian anak mummy...senyum pun dah nak tak nak jea..

Hayfa Amani now 5m++

Waah lamanya x buka blog ni...busy dgn keja+study+family..hahah..busy lo sgt kannn....
Alhamdulillah..anak mummy dah makin besar dan sihat sekarang..sgt happy tgk anak membesar depan mata..skrg ni bgn pagi bila dukung je rasa eh makin berat la anak mummy nih..hihii....
Alhamdulillah jugak..syukur coz dapat susukan hayfa amani sekarang..walaupun stok semakin merudum tetap ku gagahi..haha...insha Allah kalu boleh nak dia menyusu secara esklusif smpai 6m....dan seterusnya sampai dia 2 tahun..
Lagi 2minggu jea anak mummy ni dh nak makan solid food..mummy ngn daddy la org paling excited...hahah..x sabor nk nengok anak makan..kan D???
Siap 2 kuntum bunga lagi...kahkah  

Macam-macam resepi aku dok cari and save..Nampak semua macam senang je so dan nekad nak sediakan sendiri..hahaha..(rajin ker). 

Wednesday, October 30

6 October 2013

Alhamdulillah..tepat jam 2.38pm 6.10.2103 lahirlah Hayfa Amani...Aku dh jd mummy ok. So buang jauh-jauh perangai budak-budak tu eh..haha.. Hanya tuhan je tahu betapa happy nya aku. Ok nak story sikit.

Mula sakit sikit2 kui 5am. Dlm 5.30am camtu rasa tak selesa bangun tengok ada tanda darah kat katil. cuak jap!! Then kejut hubby tunjuk darah tu. Dia terus bangun then suruh aku g mandi.. pelan2 kami siap kui 7am terus p Tan &  Tan SMC. Otw tu rasa sakit contraction selang 5min..ok boleh la tahan lg..

Sampai sana register semua then masuk labour room check jalan. nurse cina tua situ check..seriau beb sampai lengan nurse tu aku picit kuat .haha..jalan baru 1cm. .masuk ubat berak terus g toilet laju2..hehe
Then masuk LR balik check jalan still 1cm..nurse suh masuk ward dulu..sakit contraction menjadi2..minum air zam zam moga jalan cepat buka..sakit sangat. Doc Lee masuk ward dia check jalan dah 3cm terus dia pecahkan ketuban..dia ckp petang or mlm awak bersalin..fuhh..ada rasa lega ngn takut pun ada.

Nurse suruh masuk LR balik dlm kui 11am..dia ckp terus masuk la..masa tu mmg sakit sgt tuhan je tahu..check jalan lg dah 6cm..nurse cucuk ubat tahan sakit..x kurang pun rasa sakit cuma rasa ngantuk bila contraction hilang..pastu check lg 8cm..time tu bila contraction mmg nk meneran rasa nk berak..to nurse ckp jgn teran lg..nt jalan bengkak..argg xleh tahan..mulut asyik berdoa je..pastu dh 10cm..mula la meneran..hubby kt sebelah time ni..dia turut sama meneran..heheheh..byk kali gak la meneran x hingat bpe kali..dalam hati berdoa baby cepat la kuar sayang..hubby cakap umi, abah, mama n semua family dh tgu kt luar. Kepala baby dh nk kuar baru doc lee smpai..lambat doc nih!! Alhamdulillah..Tepat kui 2.38pm kuar la baby..hehe..Time tu rasa perut kosong terus..hilang rasa sakit..Nurse tunjuk baby haa tengok your baby. Keluar dari over ja mata dah buka luas. pastu terus nangis kuat. Comel anak mummy :) :)
Uwaa...menangis kuat sebab lapar..haha

Sempat lagi time ni tengah jahit. Dapat peluk cium baby fresh dan suci. Suka sangat time ni.
 

Then baby dia bawak p cuci..Pastu time kuarkan uri..teran lg skali..Tak lasakit sgt..time jahit pun tak sakit coz doctor dh bius..sambil jahit leh bergambo lagi dengan baby..haha. Pastu baby depa bawa pi nursery utk mandi..Sham pun ikut kuar sebab nanti nak azankan baby. Dekat pukui 3.15pm gak la baru aku kuar dari LR..tgk semua family ada dok tgk baby..aku terus nurse tolak masuk ward..rehat coz sgt letih..huhuu

 
Sebelum dan sesudah mandi.