Plz Cilck Here!!

Sunday, July 20

Durian oh durian.......

Sekarang ni musim durian kena bulan puasa. Nak makan pun x berapa syok kan. Laki aku ni pantang jumpa durian. Tahun lepas ja dekat RM500 dia habis untuk makan durian saja. Tahun ni ntah x kira lagi. haha. Dia ni tunjuk ja buah dia boleh tau tu durian brand apa. Musang king ka, duri hitam ka, ang he ka apa ka semua dia tau. Mana dia belajaq aku pun taktau. Siap buleh cakap cina lagi dengan tokey durian tu.

Bulan posa ni saja dah berapa kali dia beli. Lagi pulak dia dah jumpa tokey yang jual buah brand yang murah-murah. Boleh dikatakan tiap minggu dia p melawat tokey cina tu. haha.. Dulu penah dia bawak aku makan durian kat balik pulau. Duri hitam dengan apa ntah lagi sebiji. Makan 2 biji jea RM90.. Haaa macam rugi ja aku rasa makan durian mahai camtu. sebab aku rasa durian ni sama ja rasa dia walau apa jenis pun..huhu..

Ni yang dia beli semalam. Sedap!

 

Nyumss......

Wednesday, July 2

Suka Makan Bubur Nasi

Hayfa Amani ni memang suka makan. Sapa nak pegang dia kena layan dengan makanan baru dia nak.. haha..Sekarang ni tiap hari bagi dia makan bubur nasi. Tok Ummi yang buat. Bubur ni campur dengan carrot, brokoli dengan isi dada ayam. 

Selalu Tok Ummi buat bubur untuk stok 2 ke 3 hari. Kalau sehari  tak padan nak buat sebab dia makan sikit je. So buat la lebih. Yang lebih tu frozen kan ja. Letak dalam bekas ais kiub yang ada penutup. Esok boleh panas je dalam warmer.
Bubur Nasi Frozen
Panaskan sebelum makan
Nasi+Carrot+Brokoli+Ayam

Nyumss
Sehari bagi dia 2 kali je makan bubur nasi. Bagi dalam pukul 11 pagi dengan 5 petang camtu. Lain-lain tu  bagi puree buah atau baby bytes.

Anak aku ni tak suka makan nestum ke neslac rice cereal. Aku rasa dia tak suka makan makanan yang ada bau susu. Penah try bagi dia makan neslac dia buat uwek uwekkk. Takpa tak suka lagi bagus. Tu pun dapat free sesaja try bagi dia rasa.

Resepi: Daging Kambing Bakar Berkari

Dalam family aku semua suka makan kambing. Kalau tak buat sendiri mesti suka makan lamb chop kat luar. Lepas kawan dengan Sham ni aku memang jadi penggemar lamb chop. Dulu tak suka. Nak2 kambing bakar berkari yang laki aku buat. haha.. Sini aku nak share resepi kambing bakar berkari yang selalu sham buat tu. Sedap sangat ok.

Bahan
1. Daging kambing frozen (yang slice selalu jual kat supermarket)


2. Halia
3. 2 ulas bawang putih 2
3. 1 ulas bawang besar
4. Sedikit Kicap manis ABC
5. Sedikit Sos Cili
6. Serbuk Kari Daging Babas (pek besar) - ikut citarasa nak letak banyak ke sikit. Aku suka banyak.
7. Garam
8. Planta
 
Cara:
1. Tumbuk bawang putih, bawang besar dan halia
2. Gaul bahan ditubuk tadi dengan serbuk kari daging babas, sos cili dan kicap manis.
3. Masukkan sedikit garam dan air. Gaul biar agak likat
4. Gaul bahan tadi dengan daging kambing sekeping-sekeping. 
5. Setiap keping daging kambing tu sapukan planta. 
6. Perap sekejap then boleh bakar.

Senang kan.. Anggaran bahan tu ikut banyak mana kambing yang nak buat. Selalu aku tengok Sham main bubuh je bahan-bahan tu. 


Haa..tudia dok pulun salut daging kambing dengan rempah. Ni gambar masa buat makan-makan kat rumah mak metua aku ari tu. Dah siap marinate boleh bakor. Nak bakar pakai oven ka, arang ka, dapur gas ka mana-mana pun boleh. Kalau pakai arang best sikir baunya..

Dah sedia nak dibakar


Lagi banyak rempah bersalut lagi best..So yang lebih-lebih tu salut lagi atas daging tu.


Ni dah nak masak. Bau pun dah rasa lapar. Ermmmm..Terus lapaq posa-posa nih!

Dah siap boleh hidang dengan nasi atau dimakan begitu sahaja dengan cili sos :)

Lepas Berbuka Makan Lagi

Kelmarin puasa teringin nak makan spageti oglio olio. Ingat nak buat sendiri. Dah amik resepi dalam google. Aku cari yangpaling senang. Tapi sampai je umah rasa letih la pulak. Apa pun aku tak buat. Angah yang masak dengan Ummi. Sham pulak berbuka dekat tempat keja. Lagi la malas aku nak buat.

Lepas berbuka whatsapp sham bagitau dia nak makan spagethi oglio olio. Dia reply jom kita p pizza hut. Haa rasa perut cam bole makan lagi sebab buka tadi pun makan sikit je. Hayfa Amani nangis-nangis tido tak puas. 

Sham sampai rumah terus pukui 9.30 terus p pizza. Pizza hut dekat je dengan rumah aku. Baru buka. Yang tak best pizza sini tak ada salad bar. Sampai sana tak ada orang langsung. Kami ja yang makan situ.


Alhamdulillah. Dapat jugak aku makan. Pizza Hut punya spageti olio semalam memang sodap. Pasni aku nak buat sendiri. Maybe lagi sodap! Bila tak tau la lagi.


Sham macam besa kalau mai pizza mesti order baked balls ni. Ni pun sodap. Sory ye gambar senget2 sebab snap sambil dukung Hayfa Amani. Tak duduk diam dia la ni.


Haa duk tak diam mummy letak dalam baby chair ni. Nak la duduk sat pasni angkat tangan suruh ambik dia. Pastu nak jugak apa yang orang makan. Sorry manjer, kamu punya makanan tak ada kat sini.

Monday, June 30

Sahabat

Alahai dah lama rasanya tak lepak sesama geng sahabat ni. Masing-masing dah pakat busy semenjak ada anak-anak ni..Kalau sekali keluar mesti riuh rendah. Kalau tak silap last kumpul reramai bulan Mac sudah. Selalu jumpa Mud dengan Isma je. Yang lain busy memanjang..haha



 



Ni semua gambar last lepak ari tu. Makan dekat pizza hut Perangin Mall. Macam pelik ja mai lepak Perangin Mall kan. Haha. Memula plan nak lepak Queensbay Mall tapi ntah pasai apa la ramai manusia hari tu dekat sana. Nak naik parking pun berderet keta so cari tempat lain. Sini la jawabnya.

Ini kaum daddy. Mud, Aimi, Joe dan Sham bersama anak masing-masing..

Mommies-mommies.. Isma, Fida, Shila, Aku dengan anak masing-masing..

Yang tak ada kat sini Milah dengan Che Not. Jauh di bumi New York. Jumpa pun masa depa kawin bulan 1 tahun lepas.

Che Not, Milah dan Zulfah Ulya

Dan ini anak-anak sahabat..


Ini dia Ammar Ashraf. Anak sulung Shila and Joe. Ni abang long ni. Kena jaga adik-adik tau. hehe.. Yang lain adik-adik ye. Semua ni lahir tahun 2013. Nanti kita bagi sekolah sekali eh..haha


Anak-anak 2013. 3 girls dan 1 boy.. Lagi sorang geng girl jugak. Zulfah Ulya takda kat sini jauh di bumi New York. Gambar bawah ni susunan ikut paling tua ke muda...

 
Amir Zhafran. Anak Aimi dan Fida. Ni abang romeo ni. Malu-malu je dia. hehe
 
 
Nur Zahra Safiyya. Anak Mud dan Shila. Aktif budak kenit ni. Macam mummy ngan papa dia jugak.

Nur Arissa Iman. Anak kedua Shila ngan Joe. Si kenit ni plak lemah lemput je. Suka buat tangan ala-ala saloma. Nangis pun pelan ja. Gegurl sangat la Arissa.. haha

Hayfa Amani. Aloloooo anak sapa nii...

Zulfah Ulya. Bambam dia. Tak penah jumpa lagi ni.. Cepat ajak Ma ngan Ba balik Malaysia iye..

Sunday, June 29

Doa Ketika Anak Sedang Tidur

Sebagai seorang ibu ni mesti kita nak bagi segalanya yang terbaik untuk anak-anak kita kan. Selain memenuhi keperluan dan kehendak anak-anak jangan lupa doa kepada mereka. Selain doa selepas waktu solat boleh juga kita amalkan doa ketika anak sedang tidur ni.

Baca:

1. Surah Al-Fatihah (1 kali)


2. Ayat Kursi (1 kali)


3. Surah Al-Inshirah (1 kali)


4. Surah Toha, Ayat 1 hingga 5 (1 kali)




Kemudian hembuskan di ubun-ubun anak. Niat agar anak menjadi anak yang soleh, lembut hati, rajin solat serta berjaya di dunia dan akhirat.



Selain amalkan pada anak boleh juga dibaca pada si suami yea... :) (Niat semoga hati keras mereka menjadi lembut). 

InshaAllah.

Monday, June 23

The Haven Lakeside Residence

Akhirnya.....

Sampai jugak aku kat sini. The Haven Lakeside Residence Tambun Ipoh. Sebelum ni asyik google je tempat ni. Plan sebelum aku final exam lagi. Sham kata ok je pilih je tarikh. Aku ajak dia lepas exam kita terus ke sini sebab next week dah tak sempat dah nak puasa kan. Dia cakap ok. So wechat le kat group 'sahabat" ajak dorang lagi ramai lagi best. Lagipun dah lama tak lepak sesama. Tapi yang dapat join Isma ngan Mud je. Aimi ngna Fida tak dapat join coz Aimi ada appointment that date. Shila dengan Joe pulak busy sebab sekolah baru buka. Milah ngan Che Not sebab jauh sangat di New York so tak join jugak..muahaha. Ok la so aku suruh sham book 1 kondo je untuk kami 2 family.

Jumaat malam tu kami dah bermalam kat rumah Isma dan Mud. Esok nak ke Ipoh dekat sikit dari rumah dorang. Awal pagi Sabtu terus ke Lost World Tambun. Kat sini nanti next entry aku story. 

Lepas keluar Lost World kami terus ke the haven nak check in. Pusing-pusing jugak la nak cari tempat ni. Padahal dekat je dengan Lost World. Haha. Sampai sana tunggu tuan rumah dulu. Ambil kunci sign Agreement and bayar deposit semua boleh masuk :)..

Masuk-masuk je terus ke balcony dia. Wahh sangat cantik view dia. Ok la kondo ni bersih dan yang penting owner tu orang melayu..

Layan dulu gamba ni....

View Dari Balcony
View Dari Hall Rumah

Swimming Pool
Swimming Pool

View Bilik Utama

View dari bilik tido. Best ja tido sambil nampak bukit-bukit tu. Nampak macam cantik je. Bila malam aku nampak macam scary je..muahaha...

Pintu masuk dan kitchen
Hall
Master Bedroom
Bilik Air Master Bedroom
Bilik kedua dengan bilik air aku tak sempat amik gambar. Mud dengan Isma dah masuk so malas la.

Masuk je rumah ni rasa malas dah nak keluar. Lapar punya pasal malam cari dinner. Anak-anak pula letih dah tido. Jadi p pasar malam jelah tapau then balik makan kat kondo. 

Esok paginya aku kejut Hayfa Amani awal sikit nak bawak dia mandi pool lagi.


Dah bangun nak popooo la pulak. Kasi dia popoo puas-puas dulu. Sementara aku mandi letak dia bawah ni dulu. Kang jatuh pulak. Pastu nangis-nangis cari mummy tengah mandi. Tinggal sat pun tak boleh kamu nih! Ok dah siap-siap jom mandi lagi...Sebelum tu posing dulu kat mana-mana yang sempat.

Hayfa Amani dan Dd...Dah makin sihat laki aku nih..

Isma Nurul Akma
Hayfa Amani dan Mummy.. Sama jugak dah makin sihat ;)

Zahra, Mummy Isma, Mummy dan Hayfa Amani

Kami lagi.........
Takda pelampung. Pegang jela


Suka dia..

Dah bergambar jom kita terjun........

Ok dah. Kasi dia mandi kejap je. Sebab dia pun dah selsema tak boleh nak berendam lama sangat. Balik bilik bagi mandi tukar baju bagi nyusu terus tido dia..


Zzzzzzz..
Bestnya dapat tido

 Dah bangun.. Kawan dengan Ara kejap ye sementara tunggu dd dengan uncle mud beli makan. Lunch pun malas nak keluar. Suruh Sham dengan Mud beli Mcd je. Untuk Hayfa Amani mummy kasi bubur McD jela. Bubur kamu dah abes.




Ermm..cayang yea

Muahhh



Nak sayang lagi.....



 Petang dalam pukul 5.30pm dah nak check out.. Sebelum balik pusing-pusing kawasan dulu...







Ok dah nak balik..Tak larat nak pusing tasik tu sampai habis. huhu.. Best kat sini kalau nak rileks. Nyaman jea...