Plz Cilck Here!!

Monday, May 31

Tanya Sama Hati

Tanya sama hati
Pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpimu
Masa berjauhan
Apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang

Bla..bla..bla...

Sebenarnya aku tak tau nak tulis hape..haha

Monday, May 24

NGEriii

Kali ni aku nak cite pasai xcden yg aku alami pd 3/1/09. hari tu aku bersama 4 org kawan bertolak ke Sepang. Xciden tu berlaku kat hiway gopeng, perak. tapi aku xbpe igt km brapa. Masa tu keta aku benti di emergency lane coz nak check tayar keta. Tiba2 ada perdana yg hampir terbabas menghala ke keta kami. Masa tu mmg aku x igt apa2. bila terjaga rasa sakit sgt di bah belakang bdn. memg susah sgt nak gerak. bila sedar aku dah di tepi jalan. aku tgk 4 buah keta yg xcident. keta aku remuk teruk tapi alhamdulillah semuanya selamat.

"gambar ni aku amik kat bengkel keta"

Aku terus di bawa ke klinik kesihatan gopeng untuk rawatan. Memang sakit sangat. nak baring pun susah. Nak salin baju pun susah, dah la baju basah kena hujan. sejuk sangat masa tu. Kepala aku kena jahit sikit akibat luka yg dalam. Tangan dgn kaki juga ada la luka2 sikit. Sebab belakang aku yg sakit tu aku di bawa pulak ke hospital besar ipoh. Lebih kurang sejam ambulans baru sampai. Sampai hospital aku kena x-ray. Lepas tu aku kena admit kad wad. x penah aku tidur kat hospital. Dah la sorang2. Ummi pulak jauh. Ummi cakap esok pagi baru nak mai ipoh. Memang x boleh tidur malam tu dengan sakit sgt. Doktor pesan jangan bergerak dan x boleh bangun.

Esok pagi ada doktor datang dan bagitau yg tulang rusuk (T6) patah. aku kena pakai jaket atau pun simen. aku igt nak pakai jaket tapi saiz semua besar. Kalau nak kena order dan tunggu 2 hari. Selagi x dapat jaket tu aku  x boleh discharge. Nak x nak aku kena la pakai simen. Kena balut separuh badan selama 44 hari. Bayang kan aku kena usung je simen tu. dah la berat. Petang tu boleh discharge. Ummi call bagitau x dapat datang ada hal katanya.. Macam pelik ja ummi hari tu. Lewat petang sampai rumah dan aku dapat tahu along pulak yg xciden.. Ya Allah. Terlalu berat ujian yg Ummi terpaksa hadapi. Along dimasukkan ICU.

Nanti aku akan coretkan kisah arwah along pulak.

Saturday, May 22

Nurani...

Di kala malam sepi bilaku sendirian
Kisah silam datang menjelma
Walaupun semuanya telah berlalu
Tapi tetap segar dalam ingatanku

Bila ku kenang masa yang lalu
Air mataku membasahi pipi
Angin malam teman sejati
Untuk menemani hatiku yang rindu padamu

Nurani..Kau lambang cintaku
oh..nurani.. Namamu sentiasa di hatiku sayang..

Kau tinggalkan diriku untuk selama-lamanya.....

Thursday, May 20

Qis di taman mainan

Balik dari kerja sampai je di rumah qis merengek ajak bawak jalan.. So, aku pun bawak la qis ke taman mainan. seronok sangat dia walaupun belum pandai nak main lagi..
"nice pose..;)"

"gaya macam pandai nak main"

"cepat turun"

"be carefull sayang"

"asai nak balik ja buat muka cedih..huhuu..esok kita mai lagi k"

Aku bagi qis main gelongsor je. Tu pun yang paling rendah sebab qis ni bukan pandai main sangat lagi. Happy sangat Qis tadi. Dekat pukul 7 baru balik rumah. bila ajak balik je terus muka masam je si qis ni..ok tu je yang aku nak coret pasai petang td..;)

vc

Tadi ada vc pengauditan AI dengan TKAN dan semua state yang terlibat. Sepatutnya KSA yg perlu attend. Tapi dah boss tak datang so terpaksa la aku, malar ngan k.maria masuk vc tu. Masuk je main henpon. haha. Nampak sangat kami bertiga keboringan di situ..kah kah kah

Wednesday, May 19

Alys Qistina

Bosan sangat dekat ofis ni..tak ada kerja yang aku kena buat. So aku amik kesempatan nek coretkan pasai anak buah yang sorang ni. Alys Qistina. Macam-macam gelaran dia ada. Alys, Qis. Qistina, Aby, Baby, Ayang, Sayang dan macam2 lg..hehe.. Aku masa ni suka panggil dia aby. Dengar macam manja gitu.. ;)

"Qistina masa wedding Kak Sal at Kulim Golf"

Qis ni memang manja sangat. tak boleh kena marah sikit mesti nangis dan panggil 'ami'. Ami tu mak aku lah. Qis panggil ami (means for ummi). Qis paling manja dengan ummi. Yelah setiap hari dengan ummi je. Kami semua kerja.

Nak cite pasai qis ni..dulu masa kakak aku dalam pantang, qis suka sangat berjaga malam. Kadang2 tu sampai pukul 4pg baru nak tidur. So, aku, ummi, angah dan abg razi bergilir2 jaga dia. Nasib baik time tu semua tak kerja. aku pulak mc 3 bulan. Kenapa??? Nanti aku story k..next time.

Sekarang qis dah setahun 3 bulan. Dah makin pandai dia. Ringan mulut. Apa orang cakap dia pun nak cakap. Hobi si Qis ni ialah tengok iklan tv. Antara iklan yang Qis suka : Ribena (hari yang ceria), Holicks, iklan ais cornetto (bila tengok iklan ni mesti Qis cakap 'nanakkk'...) dan segala jenis iklan yang ada musik termasuklah iklan sabun basuh pinggan...hahahaa. Selain tu Qis ni suka nak kuar berjalan dan makan. Apa kami makan dia pun nanakk jugak..kadang2 geram jugak dengan budak kecik ni..(geram tp sayang.......)

tapi time angah balik umah mak mertua dia memang sunyi sangat la aku dengan ummi. Paling terasa sunyi ialah ummi. Ummi ni bukan boleh jauh sat dengan cucu kesayangan dia ni. Sat2 suruh aku call angah tanya baby buat apa. Hehee..

Itu jelah yang aku nak coret pasai qis ni.. Kat bawah ni aku upload pic qis.. Aku memang suka snap picture qis bcoz she's is a little cute girl....

"time ni Qis baru balik dari hospital. Baru 3 hari."

"1st year beday girl"

hari ini..

Salam..

Dah berapa hari sha tak update blog ni. Sebenarnya sha pun tak tahu apa yang ingin dicoretkan. hmm..mati akal dah..haha..

Hari ni lewat 5 minit masuk ofis. bukan sebab bridge jammed tapi entah lah semenjak 2 menjak ni sha selalu melengahkan masa. Hmm..macamana nak buat ni..huhu..bangun tidur pun cukup time je untuk solat subuh dan bersiap nak ke ofis. Kalau nak buat benda lain memang tak sempat lah. Tu tak termasuk kalau lah jalan jammed. Kalau jammed lagi lambat lah sha thumb print. Tapi selalu sha on time jer. Selalu 7.50 lebih2. tak Awai dan tak lambat..hehe Cuma hari ni terlewat. Tu pun 5 minit jer.. Sorry boss, I'm late!! Alaa..boss sha pun emergency leave hari ni. Huahuaa..

Dalam perjalanan nak ke ofis sempat sha snap beberapa pic di bridge dan highway jelutong. Ni lah jalan sha lalui setiap hari bila nak pi kerja. Sambil drive sambil snap. ;). Nice view on the bridge. Bukan apa saja sha snap picture2 ni sebab ngantuk sangat while driving hari ni. Bukak radio kuat2 pun tak dapat menghilangkan rasa ngantuk sha ni. Jadi cara ini ja boleh hilangkan ngantuk ni walaupun ia juga membahayakan.


"Hujan renyai2 atas bridge"

"kat simpang ke bayan lepas ni selalu jammed pagi2"
"i'm going to georgetown"

"lepas turun dr bridge"


Apa-apa pun sha harap hari ini hari yang ceria bagi diri sha dan anda juga.. ;)

Sunday, May 16

Friday, May 7

Saat Saat Terindah ~ RaMa

Saat Terindah

Saat kau hadir dalam hidupku terasa indah
hanya bayangmu menyentuh jiwa temani sepi
kini semua cintamu telah pergi
meninggalkan diriku sendiri.........
waktu terus berjalan dan memberi perit dihati
hanya rindu yang aku dapatkan bukan cintamu
kini baru aku menyedari
kau begitu bererti dalam hidupku ini
saat-saat yang indah
saat masih bersamamu
waktu kita berdua dan mewarnai dunia
semua yang telah berlalu
kini teringat lagi
kini terkenang lagi
ku ingin kembali......

Wednesday, May 5

Rindu

Rindu.
Bukan bermakna menangis.
Rindu. Bukan bermakna tidak redha.
Rindu. Bukan bermakna bersedih.
Rindu. Bukan bermakna hidup dalam bayangan.
Rindu. Ia datang bukan kerana paksaan.
Rindu. Ia juga anugerah.

Tuesday, May 4

Anugerah Rindu

“Jasad tenang yang dijemput Ilahi bukanlah dagangan kaku. Tetapi, punyai jiwa dan kalbu. Punyai pertalian merah yang telah mengikat setiap daerah rasa"

Rindu mendakap kehilangan
bukanlah meratapi,
Rindu mendakap kehilangan
bukanlah tidak meredhai,
Rindu mendakap kehilangan
bukanlah menolak takdir Ilahi.

Rindu mendakap kehilangan
sengaja dibiarkan terhimpun di seluruh ruang hati,
Rindu mendakap kehilangan
punyai hak selagi roh dan jasad masih bersatu.

Kerinduan satu rasa yang setia pada setiap jiwa yang masih ada,
Anugerah kerinduan itu terlalu mahal harganya,
Anugerah agung untuk dekat pada NYA.”

Monday, May 3

Rahmat Ujian

“Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya
Harus ada rasa bersyukur

Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmat-Nya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi”

Rindu...

Rindu ini,
menusuk sanubari,
hingga wajahmu,
ku bawa ke dalam mimpi.

Malam itu,
aku melihat dirimu,
tersenyum manja seperti selalu,
dan hati ini makin sayu,
dihambat rindu,
yang semakin bertalu-talu

Sunday, May 2

Menanti

Mereka berkata masa akan mengubati segalanya...
Namun diri ini masih menanti bila masa itu akan tiba...