Plz Cilck Here!!

Monday, June 30

Sahabat

Alahai dah lama rasanya tak lepak sesama geng sahabat ni. Masing-masing dah pakat busy semenjak ada anak-anak ni..Kalau sekali keluar mesti riuh rendah. Kalau tak silap last kumpul reramai bulan Mac sudah. Selalu jumpa Mud dengan Isma je. Yang lain busy memanjang..haha



 



Ni semua gambar last lepak ari tu. Makan dekat pizza hut Perangin Mall. Macam pelik ja mai lepak Perangin Mall kan. Haha. Memula plan nak lepak Queensbay Mall tapi ntah pasai apa la ramai manusia hari tu dekat sana. Nak naik parking pun berderet keta so cari tempat lain. Sini la jawabnya.

Ini kaum daddy. Mud, Aimi, Joe dan Sham bersama anak masing-masing..

Mommies-mommies.. Isma, Fida, Shila, Aku dengan anak masing-masing..

Yang tak ada kat sini Milah dengan Che Not. Jauh di bumi New York. Jumpa pun masa depa kawin bulan 1 tahun lepas.

Che Not, Milah dan Zulfah Ulya

Dan ini anak-anak sahabat..


Ini dia Ammar Ashraf. Anak sulung Shila and Joe. Ni abang long ni. Kena jaga adik-adik tau. hehe.. Yang lain adik-adik ye. Semua ni lahir tahun 2013. Nanti kita bagi sekolah sekali eh..haha


Anak-anak 2013. 3 girls dan 1 boy.. Lagi sorang geng girl jugak. Zulfah Ulya takda kat sini jauh di bumi New York. Gambar bawah ni susunan ikut paling tua ke muda...

 
Amir Zhafran. Anak Aimi dan Fida. Ni abang romeo ni. Malu-malu je dia. hehe
 
 
Nur Zahra Safiyya. Anak Mud dan Shila. Aktif budak kenit ni. Macam mummy ngan papa dia jugak.

Nur Arissa Iman. Anak kedua Shila ngan Joe. Si kenit ni plak lemah lemput je. Suka buat tangan ala-ala saloma. Nangis pun pelan ja. Gegurl sangat la Arissa.. haha

Hayfa Amani. Aloloooo anak sapa nii...

Zulfah Ulya. Bambam dia. Tak penah jumpa lagi ni.. Cepat ajak Ma ngan Ba balik Malaysia iye..

Sunday, June 29

Doa Ketika Anak Sedang Tidur

Sebagai seorang ibu ni mesti kita nak bagi segalanya yang terbaik untuk anak-anak kita kan. Selain memenuhi keperluan dan kehendak anak-anak jangan lupa doa kepada mereka. Selain doa selepas waktu solat boleh juga kita amalkan doa ketika anak sedang tidur ni.

Baca:

1. Surah Al-Fatihah (1 kali)


2. Ayat Kursi (1 kali)


3. Surah Al-Inshirah (1 kali)


4. Surah Toha, Ayat 1 hingga 5 (1 kali)




Kemudian hembuskan di ubun-ubun anak. Niat agar anak menjadi anak yang soleh, lembut hati, rajin solat serta berjaya di dunia dan akhirat.



Selain amalkan pada anak boleh juga dibaca pada si suami yea... :) (Niat semoga hati keras mereka menjadi lembut). 

InshaAllah.

Monday, June 23

The Haven Lakeside Residence

Akhirnya.....

Sampai jugak aku kat sini. The Haven Lakeside Residence Tambun Ipoh. Sebelum ni asyik google je tempat ni. Plan sebelum aku final exam lagi. Sham kata ok je pilih je tarikh. Aku ajak dia lepas exam kita terus ke sini sebab next week dah tak sempat dah nak puasa kan. Dia cakap ok. So wechat le kat group 'sahabat" ajak dorang lagi ramai lagi best. Lagipun dah lama tak lepak sesama. Tapi yang dapat join Isma ngan Mud je. Aimi ngna Fida tak dapat join coz Aimi ada appointment that date. Shila dengan Joe pulak busy sebab sekolah baru buka. Milah ngan Che Not sebab jauh sangat di New York so tak join jugak..muahaha. Ok la so aku suruh sham book 1 kondo je untuk kami 2 family.

Jumaat malam tu kami dah bermalam kat rumah Isma dan Mud. Esok nak ke Ipoh dekat sikit dari rumah dorang. Awal pagi Sabtu terus ke Lost World Tambun. Kat sini nanti next entry aku story. 

Lepas keluar Lost World kami terus ke the haven nak check in. Pusing-pusing jugak la nak cari tempat ni. Padahal dekat je dengan Lost World. Haha. Sampai sana tunggu tuan rumah dulu. Ambil kunci sign Agreement and bayar deposit semua boleh masuk :)..

Masuk-masuk je terus ke balcony dia. Wahh sangat cantik view dia. Ok la kondo ni bersih dan yang penting owner tu orang melayu..

Layan dulu gamba ni....

View Dari Balcony
View Dari Hall Rumah

Swimming Pool
Swimming Pool

View Bilik Utama

View dari bilik tido. Best ja tido sambil nampak bukit-bukit tu. Nampak macam cantik je. Bila malam aku nampak macam scary je..muahaha...

Pintu masuk dan kitchen
Hall
Master Bedroom
Bilik Air Master Bedroom
Bilik kedua dengan bilik air aku tak sempat amik gambar. Mud dengan Isma dah masuk so malas la.

Masuk je rumah ni rasa malas dah nak keluar. Lapar punya pasal malam cari dinner. Anak-anak pula letih dah tido. Jadi p pasar malam jelah tapau then balik makan kat kondo. 

Esok paginya aku kejut Hayfa Amani awal sikit nak bawak dia mandi pool lagi.


Dah bangun nak popooo la pulak. Kasi dia popoo puas-puas dulu. Sementara aku mandi letak dia bawah ni dulu. Kang jatuh pulak. Pastu nangis-nangis cari mummy tengah mandi. Tinggal sat pun tak boleh kamu nih! Ok dah siap-siap jom mandi lagi...Sebelum tu posing dulu kat mana-mana yang sempat.

Hayfa Amani dan Dd...Dah makin sihat laki aku nih..

Isma Nurul Akma
Hayfa Amani dan Mummy.. Sama jugak dah makin sihat ;)

Zahra, Mummy Isma, Mummy dan Hayfa Amani

Kami lagi.........
Takda pelampung. Pegang jela


Suka dia..

Dah bergambar jom kita terjun........

Ok dah. Kasi dia mandi kejap je. Sebab dia pun dah selsema tak boleh nak berendam lama sangat. Balik bilik bagi mandi tukar baju bagi nyusu terus tido dia..


Zzzzzzz..
Bestnya dapat tido

 Dah bangun.. Kawan dengan Ara kejap ye sementara tunggu dd dengan uncle mud beli makan. Lunch pun malas nak keluar. Suruh Sham dengan Mud beli Mcd je. Untuk Hayfa Amani mummy kasi bubur McD jela. Bubur kamu dah abes.




Ermm..cayang yea

Muahhh



Nak sayang lagi.....



 Petang dalam pukul 5.30pm dah nak check out.. Sebelum balik pusing-pusing kawasan dulu...







Ok dah nak balik..Tak larat nak pusing tasik tu sampai habis. huhu.. Best kat sini kalau nak rileks. Nyaman jea...