Dari awai preggy smpai hujung-hujung ni dok berangan nak buat tilam kekabu sendiri utk bby dengan menggunakan khidmat pakar umi untuk menjahitnyer..hehee. (jahit sendiri memang x jadik la). Macam2 patern dok terbayang je depan mata ni.
Akhirnya dah nekad memang nak buat sendiri. So pergi la aku ngn nana carik kekabu kat pekan BM. Sian nana pusing satu pekan x jumpa kedai tu. Sampai berpeluh la baru terjumpa. Rupanya tuan kedai dah tutup dah nek van nak balik. Nana terus p panggil dia bgtau nak beli kekabu then tuan kedai tu pun la bukak balik..hehe..semangat kan nanaku itu :D.. Aku tunggu jer dalam keta..haha..Sat je nana dah wak mai 4kg kekabu yang harganye RM17.90 sekilo..(mahai gak kan..patut ler org juat set tilam kekabu baby mahai).
Dah settle beli kekabu kami pun cari la pulak kain cotton yang sesuai kat kamdar. Memang xder yang berkenan dihatiku..huhuu..dah la x larat jalan..so balik jea la.. Len hari lak aku, nana ngan umi pegi kedai kain wan je yang dekat ngan umah. So dapat dh kain. xla mahai sgt..corak hello kitty pink color. (klu bby boy caner eh..hehe..pakai jugak la yek).
Then aku kena cari renda sikit utk mencantikkan lagi set tilam tu. So lepas keje aku decide ke ATUZ sebab siti mesti banyak kan.. Mak aiii memang banyak la.. Pening pale nak pilih..
Haaa kan banyak kan..ni baru 1 side aku snap..ader lagi taw..
So...proses pemilihan pun sejam gak la..sat berdiri sat duduk punya gigih aku dok pilih. Ponat den.. Sampai letih la aku pilih 2 jenis ni je la.. Ok ke x ngam ngn kain tak tau ler..huhuu
Inilah renda yang aku pilih. Punya gigih beli hat ni je kan..huhuu
Yeay...semua barang dah complete so boleh suruh umi jahitkan jea.
Mulalah aku menggunakan perkhidmatan en google untuk mencari idea utk umi jahit set tilam ni. Umi tengak jea contoh design yang aku bagi dia terus je buat. hehe..
Inilah hasil pertama orang ata percubaan pertama la yek. huhuu ok tak..color nampak sgt terang kan..hukhuk..yelaa kain x banyak pilihan pun.
Hampir siap........dan............
Tadaaaaaaaaa...inilah hasilnya.
Gigih umi aku jahit 2 hari je sia. so boleh basuh dah simpan dulu yea..hehe...Thank you tok umi. Suker sangat baby suker tak???? Dan kos keseluruhannya dalam RM80++ tak termasuk khidmat menjahit ye sbb umi bg free service..hehe...(kalau nak buat berniaga laku dok? i juai rm200 okeh..hehehehe)