Plz Cilck Here!!

Friday, May 30

Tak Nak Puting Tampal

Hayfa Amani start bagi pacifier masa umur dia seminggu. Memula tu memang aku tak nak bagi dia tapi tiap malam asyik nangis je walaupun dah kenyang so bagi la jugak. Dalam pantang tu aku, Sham dengan Ummi bawa Hayfa Amani sekali pegi jusco Perda cari puting sebab dok nangis sangat. Sampai sana Sham sorang je la naik. Yang lain tunggu dalam keta kat basement jer. Legaa rasa dapat kuar sat. hihii

Sham beli yang ini. Avent Pacifier (0-6m) RM32.90

Sebelum ni ada aku beli Disney punya dekat Anakku kat umah aku, tapi macam keras je puting dia. Aku suruh Sham beli avent punya sebab macam botol susu maybe dia nak. Macam-macam aku beli dari murah ke agak mahal. Nak cuba mana yang sesuai. Akhirnya yang ni jugak dia nak. Masa mula bagi tu masuk mulut dia hembus keluar. Banyak kali dia buat camtu.

Macam tak suka jer...

Aku bagi je. Dia buang aku letak balik. Lelama dia ok. Terus melekat puting tu di mulut. Kalau dah kenyang nangis lagi aku sumbat je. Bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. hahaha. Boleh dikatakan di mana ada Hayfa Amani ada la puting dia sekali.







Bila dah umur 5 bulan lebih dia dah tak nak puting tampal ni. Kalau bagi pun dia pusing gigit-gigit kat belakang puting tu je. Kalau nangis aku bagi dia lagi la meraung kuat. Kekadang geram gak aku. Sabar2..haha. Baru je plan dengan Sham nak beli puting baru bila dia 6 bulan dulu. Sebab dia nak tak nak je terus cancel niat tu.

Gigit...

Gigit..........

Gigit lagi......

Dan lagi...........

So sekarang aku dah tak bagi lagi puting tampal ni kat dia.Senang momy ko nak.

Tuesday, May 27

Resepi Kek Batik Style Shariana

Resepi kek paling mudah dan senang di dunia.. haha. Tapi dalam aku dok search kek ni memang lain-lain la resepi nya. Aku tak guna milo langsung. Kalau letak milo jadi liat sikit. Tak suka. Ni nak kongsi cara aku buat. Rasa memang meletops.. Meleleh airlio aku menaip ni haa.

Bahan-bahan:
  • 1/2 butter
  • 1 biji telur ayam
  • 1/2 tin susu pekat manis (kalau suka manis letak lebih sikit)
  • 1/2 kotak serbuk koko van houten (yang kotak kecik 125g kalau tak silap)
  • 1 bungkus biskut marie (Cap Ping Pong Hup Seng - Original) - kalo brand lain TAK sedap

Pastikan biskut marie cap ping pong ini naaa
Buttercup (1/2 sahaja)
 
Serbuk koko (1/2 kotak)

Cara menyediakannya:
  1. Cairkan butter dengan api yang perlahan.
  2. Masukkan susu pekat, telur dan serbuk koko.
  3. Kacau hingga mendidih. Pastikan api sangat perlahan ye. (Kang bau hangit tak sedap)
  4. Tutup api dan masukkan biskut marie (patahkan ikut saiz yang dikehendaki)
  5. Sejukkan. Siap!



Senang je kans.... Selamat Mencuba!

Monday, May 26

Bulan Stress Sudah Datang!

Pejam celik pejam celik dah nak masuk bulan June. Bulan stress bagi aku and all my usm members. Bulan exam. Sapa tak stress dengan exam exam nih memang pelik la bagi aku. Haha. Ni tahun ketiga aku di usm. InshaAllah tahun depan bulan Oktober dah tamat. (Kalau tak dak carry paper la..jangan laaa ada.. Amin..............). Nak habiskan 4 tahun ni pun teruk jugak la. Setahun aku kena ambik dalam 10 subjek.

Tahun ni aku memang tersangat malas. (macam la dulu rajin sangat). Semua benda boleh dikatakan aku buat last minute.Tambah sejak ada anak ni. Asyik nak layan anak je keja.

PJJ kat usm ni kelas buat ikut jadual yang diberi dalam portal. Tapi aku jarang sekali la pi pun kelas tu. Kelas pun buat sidang video saja. So aku streaming dari rumah. Kalau tak pun aku download ja. tunggu time exam baru aku bukak..hhaa..dasar pemalas kan! Setiap tahun tu akan ada minggu intensif. Selalu dalam bulan Jan ke Feb macam tu lebih kurang 3 hingga 4 minggu. Time tu semua pelajar USM seluruh Malaysia akan berkumpul di usm Pulau Pinang. Semua wajib ambil hostel. Minggu tu ada mid exam dengan kelas. Time tu ja student pjj ni boleh bersemuka dengan lecturer. Dulu time intensif aku stay hostel. Kali ni ada Hayfa Amani aku ulang alik dari rumah.Yang best time intensif ni aku tak payah mai kerja. haha..
 
Minggu Intensif

Kelas E-Commerce
Kelas Retailing
Asignment pun aku buat last minute. Ada ramai jugak la geng aku yang buat pjj ni. So kalau ada benda yang tak faham ke yang terlepas ke ada jugak depa ni yang tolong ingat-ingat kan. Kalau tak tau buat asignment pun boleh mintak pandangan yang lain.

Geng buat assignment

Time ni buat assignment Macroekonomi. Susah sangat so discuss reramai. Ok dapat la A..haha
Kalau kat rumah aku ada gak Lecturer kenit nihh.. hahaha

"mommy meh cini nak tolong ajaq!"
Camni..........

Teman mommy study!
Ni la yang paling best jadi student nih.

Thursday, May 22

Langkawi With Family


 Last minute punya plan. Aku whatsapp Sham bagitau dia nak ke Langkawi dengan kakak aku. Sham balas ok, I balik kerja pukul 1. Dia tak kisah la tu sebab dah banyak kali aku text dia camtu tapi tak pergi mana-mana pun. Sham balik keja aku dah siap packing baju. haa..Baru dia terkejut kanss. haha. Actually dah banyak kali kakak aku ajak jalan-jalan Langkawi sebelum dia beranak. Kali ni jadi jugak. 

Bertolak dari rumah pukul 2.30pm camtu. Lunch apa pun tak terus terjah sebab semua dah lewat breakfast tadi pagi. Kenyang lagi. Naik keta kakak aku 1 keta ja. Sampai jeti Kuala Kedah dalam pukul 4pm. Terus beli tiket feri pukul 4.30pm. Sambil tunggu feri cari hotel & kereta sewa kat sana. Last minute camni mana ada murah kan. So dapat harga biasa-biasa ja la. Dah dapat keta dan apartment terus beratur nak naik feri. Kami amibil kereta Toyota Avanza sebab ramai sehari RM90. Apartment pulak RM250. Nama apa eh apartment tu aku lupa.Ok jugak la apartment dia ada pool lagi.


Tok Ummi dan 2 cucu gegurl



Hayfa Amani dan Mummy sebelum neik feri

Hayfa Amani dan Dady

Aku. Selpie!! :p

Pukul 6.30pm sampai jeti Langkawi. Perut dah sangat lapar. Amik kereta sewa terus cari Apartment nak solat dulu. Malam lepas maghrib baru kuar cari makan. Gila semua lapar. yela breakfast ja tadi. Cari kedai pun tak boleh lama-lama dah sebab sangat lapar. Mana jumpa macam best je terus berhenti.

 Dah naik kereta sewa pusing cari petrol pump

 Lepas makan lepak dekat night market Pantai Cenang. Best gila sini. Sapa nak datang aku suggest bermalam kat area Pantai Cenang ni. Malam memang happening. Kami jalan la kedai-kedai yang ada kat situ. Tak macam ninght market kat Penang. Sini semua peniaga jual dalam kedai. Pastu ronda uptown kat pekan Kuah pulak. Dah nak tutup pun. Sempat rembat kasut kat Hayfa Amani. Then pusing pekan pakai keta je. Lalu Dataran Helang. Malas nak singgah sebab dah letih. Balik Apartment tido.

Kakak Alys jumpa kawan baru kat Pantai Cenang. Budak Pakistan ni


Esoknya pagi-pagi lagi kami dah kuar siap bawa semua barang. Lepas breakfast terus ke Wild Life Park. Best kat sini. Sapa datang Langkawi aku suggest tempat ni. Cable car kami tak pegi sebab aku dah 2 kali naik. Tak da apa yang best pun atas sana. Just boleh tengok permandangan cantik ja dari atas. Dekat park ni macam-macam binatang jinak-jinak ada. Yang best kami dapat bagi makan burung, kancik, rusa, ikan. Tempat dia pun tak panas. BAnyak tempat berbumbung. Setiap tempat ada kerusi dan kipas. Sesuai la bawak anak-anak. Tengok 1 jenis binatang boleh duduk. Haha.. Aku la tu.

Abang ipar

Ummi

Angah dan abang ipar

Semua sibuk nak bagi burung tu makan.

Hayfa Amani buat muka hairan tengok bird!

Tangan tu nak ambil bird. Tak takut.

Burung Merak. Ada yang color putih lagi cantik tapi tak de gamba.

Ni dalam galeri.

Lovely Family

Kasi rusa makan kobis.
Lepas tu terus ke Ismail Group shopping coklat!

Rambang mata

Kakak Alys nak la tu..
Dah siap shopping coklat cari makan dekat laut belakang airpot. Best makan kat sini. Macam-macam ada. Semua makan nasi ayam golek. Fuhh memang superb! Abang ipar aku tambah 2kali. Sham pulak tambah lagi bihun sup. Angah laksa. Aku chicken wing.. hahaha. Semua kaki makan nih.

Muka kenyang

Alolo..manje lapor eh.. Japg dalam keta mumy kasi baby bites naa..

Pukul 6 terus ke jeti langkawi amik tiket nak balik dah.

Bubaiii Langkawisss......


Mom's Milk is The Best


Banyak kebaikan dalam memberi susu ibu kapada bayi kita. Untuk mendapatkan segala kebaikan penyusuan susu ibu, kita digalakkan untuk menyusu bayi kita sepenuhnya sehingga bayi berumur 6 bulan dan seterusnya sehingga bayi berumur 2 tahun. Pemberian ibu sepenuhnya bermaksud bayi tidak diberi makanan atau minuman tambahan yang lain selain daripada susu ibu.


Segala khasiat dan kebaikan susu ibu kepada bayi




Kebaikan Susu Ibu

Untuk bayi:
  • Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi anda
    • Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi.
    • Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar.
  • Susu ibu, terutamanya kolostrum , menguatkan sistem imuniti bayi anda
    • Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.
  • Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi.
  • Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda.
  • Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.
  • Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia tidak susah untuk disediakan.
  • Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.
  • Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.
Untuk ibu, penyusuan susu ibu:
  • membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
  • membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat.
  • mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
  • menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya
Lain - lain kebaikan:
  • Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada.
  • Baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak-kotak. 
Haa.. nampak kan banyak sangat kebaikan memberi bayi kita dengan susu kita ni. Aku pun kalau boleh nak terukan menyusu Hayfa Amani sampai dia umur 2 tahun. Insha Allah.  Memang agak perit mulanya dengan rasa sakit bengkak susu, susu kurang, taku anak tak cukup makan dan macam-macam lagi la. Apa pun untuk ibu-ibu yang menyusu anak ni kena la banyak bersabar. Lebih-lebih lagi pada ibu-ibu yang bekerja. Perlu ada masa untuk pump susu secara konsistant. 

Macam aku time kerja aku pump 2 kali ja sekarang. Selalu dapat la dalam 8 ke 12oz macam tu (2 botol). Tapi kalau kerja luar susah sikit nak pump. Selalu aku simpan stok dalam 10 botol je. Hayfa Amani minum dalam 2 botol je sehari sebab sekarang dia dah makan. Susu boleh kurang sikit. Dia minum botol pun time aku kerja je. Hari aku ada aku bagi direct. So, yang aku pump time keja tu boleh la ganti balik yang dia minum tu.

Selalu aku pump sekali dapat la penuh 1 botol tu.

Stok yang ada sekarang


Ni dia budak sihat bambam
"My Mummy's milk is the best"


Bagi yang kekurangan susu, macam-macam cara dan supplement untuk banyakkan susu ni. Ada yang cakap makan sawi, longan kering, minum holicks, makan sup ketam dan macam-macam la. Aku pun ada cuba jugak. Makan air longan kering yang direbus dengan kurma kering. Sedap. Bagi aku boleh la cuba bagi sapa yang kurang susu tu. 

Selain tu aku ada jugak amik supplement shaklee yang sangat famous sekarang ni kan. Set penyusuan ibu ESP+Alfalfa Complex. Supplement ni pun bagus dan boleh diamalkan. Bagi sesiapa nak cuba atau nak dapatkan nasihat pelbagai produk shaklee boleh klik sini.

Alfalfa Complex

ESP