Sebagai seorang ibu ni mesti kita nak bagi segalanya yang terbaik untuk anak-anak kita kan. Selain memenuhi keperluan dan kehendak anak-anak jangan lupa doa kepada mereka. Selain doa selepas waktu solat boleh juga kita amalkan doa ketika anak sedang tidur ni.
Baca:
1. Surah Al-Fatihah (1 kali)
2. Ayat Kursi (1 kali)
3. Surah Al-Inshirah (1 kali)
4. Surah Toha, Ayat 1 hingga 5 (1 kali)
Kemudian hembuskan di ubun-ubun anak. Niat agar anak menjadi anak yang soleh, lembut hati, rajin solat serta berjaya di dunia dan akhirat.
Selain amalkan pada anak boleh juga dibaca pada si suami yea... :) (Niat semoga hati keras mereka menjadi lembut).
InshaAllah.
No comments:
Post a Comment