Plz Cilck Here!!

Friday, May 30

Tak Nak Puting Tampal

Hayfa Amani start bagi pacifier masa umur dia seminggu. Memula tu memang aku tak nak bagi dia tapi tiap malam asyik nangis je walaupun dah kenyang so bagi la jugak. Dalam pantang tu aku, Sham dengan Ummi bawa Hayfa Amani sekali pegi jusco Perda cari puting sebab dok nangis sangat. Sampai sana Sham sorang je la naik. Yang lain tunggu dalam keta kat basement jer. Legaa rasa dapat kuar sat. hihii

Sham beli yang ini. Avent Pacifier (0-6m) RM32.90

Sebelum ni ada aku beli Disney punya dekat Anakku kat umah aku, tapi macam keras je puting dia. Aku suruh Sham beli avent punya sebab macam botol susu maybe dia nak. Macam-macam aku beli dari murah ke agak mahal. Nak cuba mana yang sesuai. Akhirnya yang ni jugak dia nak. Masa mula bagi tu masuk mulut dia hembus keluar. Banyak kali dia buat camtu.

Macam tak suka jer...

Aku bagi je. Dia buang aku letak balik. Lelama dia ok. Terus melekat puting tu di mulut. Kalau dah kenyang nangis lagi aku sumbat je. Bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. hahaha. Boleh dikatakan di mana ada Hayfa Amani ada la puting dia sekali.







Bila dah umur 5 bulan lebih dia dah tak nak puting tampal ni. Kalau bagi pun dia pusing gigit-gigit kat belakang puting tu je. Kalau nangis aku bagi dia lagi la meraung kuat. Kekadang geram gak aku. Sabar2..haha. Baru je plan dengan Sham nak beli puting baru bila dia 6 bulan dulu. Sebab dia nak tak nak je terus cancel niat tu.

Gigit...

Gigit..........

Gigit lagi......

Dan lagi...........

So sekarang aku dah tak bagi lagi puting tampal ni kat dia.Senang momy ko nak.

No comments:

Post a Comment