Plz Cilck Here!!

Tuesday, May 27

Resepi Kek Batik Style Shariana

Resepi kek paling mudah dan senang di dunia.. haha. Tapi dalam aku dok search kek ni memang lain-lain la resepi nya. Aku tak guna milo langsung. Kalau letak milo jadi liat sikit. Tak suka. Ni nak kongsi cara aku buat. Rasa memang meletops.. Meleleh airlio aku menaip ni haa.

Bahan-bahan:
  • 1/2 butter
  • 1 biji telur ayam
  • 1/2 tin susu pekat manis (kalau suka manis letak lebih sikit)
  • 1/2 kotak serbuk koko van houten (yang kotak kecik 125g kalau tak silap)
  • 1 bungkus biskut marie (Cap Ping Pong Hup Seng - Original) - kalo brand lain TAK sedap

Pastikan biskut marie cap ping pong ini naaa
Buttercup (1/2 sahaja)
 
Serbuk koko (1/2 kotak)

Cara menyediakannya:
  1. Cairkan butter dengan api yang perlahan.
  2. Masukkan susu pekat, telur dan serbuk koko.
  3. Kacau hingga mendidih. Pastikan api sangat perlahan ye. (Kang bau hangit tak sedap)
  4. Tutup api dan masukkan biskut marie (patahkan ikut saiz yang dikehendaki)
  5. Sejukkan. Siap!



Senang je kans.... Selamat Mencuba!

No comments:

Post a Comment